Assalamualaikum
hi since aku tak terpilih sebagai orang yang lulus temuduga hari tuh , so aku tak boleh nak letak tajuk entry kali ni " tips temuduga" hahahahahaha
entry lepas aku ada cerita pengalaman UKCG aku kan , haa kalau nak tengok , meh bukak entry ni [ HERE ]
so .... kali ni aku nak share sikit pengalaman aku temuduga IPG hari tuh . aku dapat temuduga di IPG Kent Tuaran . hee
malam sebelum temuduga tu , aku tido lewat kot . sebab aku takde baca apa2 pon untuk temuduga. so , aku stay up lah baca sikit2 pasal isu semasa , pasal GST , hafal nama menteri pendidikan , baca pasal pelan pembangunan . pokok nya , aku baca psal isu semasa yang tengah hot lah .
Orang kata, tips temudga : BACA ISU SEMASA TENTANG NEGARA & ISU PENDIDIKAN MASA KINI . then , kan aku punya opsyen Pendidikan Islam ( Lepasan SMU ) ... so , ada ujian amali khas .
ujian amali ni hanya untuk Pendidikan Islam and Music je . so kena baca lebih sikit lah
aku ulang kaji lah segala macam rukun2 , tajwid etc
okay , skg aku nak crta pasal hari temuduga .
okay , aku pegi temuduga hari tu pakai baju kurung . nametag and kasut bertumit . yang penting kena pakai ikut macam mana cara pemakaian seorang guru lah . Baru panel tu suka tengok kan hehe
|
ni dalam keta . tu kakak aku kat belakang :D |
so awal pagi , hahaha seriously aku agak nervous sebab ni first time aku ikut temuduga then aku pulak jenis tak pandai nak bercakap sangat depan orang lain .
jadi ... aku banyak2 zikir lah supaya tenang hati hahaha
aku datang awal pagi dengan kakak aku . kakak aku pun terpilih temuduga .so... awal2 pagi , kitaorang ada taklimat . pastu , tunggu lah nama kena panggil .
|
ni dalam bilik taklimat . tu kakak aku heee |
then nama aku dan yang lain dipanggil untuk Ujian amali .
ujian amali ni , ada dua bahagian .
first , kita kena baca quran . dengan tajwid . Takde pon dia tanya pasal tajwid haha just baca ja lah dengan bertajwid . pastu kita kena tulis prkataan yang disebut dalam jawi
then yang kedua pulak , bahagian fardhu ain / nahu sarf / fiqh ( kalau aku tak silap lah )
yang penting bahagian kedua ni dia akan tanya soalan berkaitan dengan benda yang kita pernah belajar masa sekolah ( pmr&spm) lah contoh macam ....
- rukun nikah
- rukun solat
- syarat sah solat
- syarat sah wudhuk
- rukun khutbah
- bacaan sujud sajadah
- bacaan tahiyat awl/ akhir & doa iftitah & doa qunut
- baca satu text arab tanpa baris . so kita kena baca dengan ikut kaedah nahu sarf yang betul
- buat ayat berdasarkan gambar yang di beri
- cara berwudhuk dengan sempurna
- cara bertayamum
and yang lain2 aku tak ingt sebab setiap orang kena lain2 . ikut lah dia nak bagi soalan suka hati dia hahaha ikot rezeki! Haa doa la dpt soalan senang :D
then after ujian amali , kitaorang dipanggil masuk bilik temuduga!!
gila nervous . aku dah baca banyak pengalaman2 temuduga yang lain kat google so aku agak nervous lah dengar cerita dorang hahaaaha
so . Firstly, kitaorang kena sediakan fail yang berisi sijil2 akademik/ kokurikulum diluar bilik temuduga sebab sijil2 tu lah yang penemuduga akan tengok nanti
okayy ...... then bila masuk bilik iv, nervous tahap gila . kita orang masuk ramai2 . takde pon sesi individu .
i mean, masuk bilik temuduga sorang2 , takde pun .kitaorang masuk secara berkumpulan je.
pastu kitorang diarahkan tonton video . pastu hayati video tu , then lepas tengok video , penemuduga akan tanya apa pendapat setiap seorang pasal video tu .
tapi , sewaktu temuduga , bahasa kena guna Bahasa Melayu tau . Bahasa standard atau baku lah. Lebih baik macam tu lah sebab tu akan di nilai jugak. Jangan guna bahasa pasar!
pastu panel temuduga akan bagi tajuk , then kena bincang tajuk tu dalam kumpulan .
bincang kena bagi penemuduga dengar jugak tau . I mean, kitorang bincang depan panel. So, bahasa pun kena lah bahasa standard bahasa melayu . Tak boleh guna bahasa pasar . and kena bersopan santun .
kalau tak silap, ktaorang diberi tajuk " bagaimana meningkat kreativiti seorang pelajar "
haa kami pun bincang lah pasal tajuk tu . okay ja lah . Takde lah macam yang aku imagine . best ja bincang dengan dorang . idea selalu ada ja . dorag pulak sporting . dalam kumpulan aku tu , semua opsyen Bahasa Arab . aku ja Pendidikan Islam . hahaha . semua girl . Takde pon lelaki.
aku tak berapa ingat apa soalan2 masa temuduga tu . semua okay ja lah . semua soalan yang boleh fikir sendiri .lebih kepada KBAT la.
mungkin kitaorang bnasib baik kot sebab ada kumpulan lain kena tanya pasal isu semasa pendidikan . so , siapa yang ada baca pasal isu pendidikan , senang lah jawab .
yang aku ingat soalan2 yang panel temuduga bagi , lebih kurg pasal " cara mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar muslim "
then kami juga ada di tanya siapa ada kelebihan macam taranum , marhaban dan sebagainya lah .
hahaha yang aku x sangka , walaupun aku opsyen Pendidikan Islam tapi , dalam temuduga , ada sesi bercakap dalam bahasa arab . hahaha
tapi pengalaman aku , okay ja lah kot . xdalah temuduga ni teruk sangat macam yang aku imagine . atau aku just bernasib baik rezeki lah dapat soalan senang kan . Alhamdulillah lah Allah permudahkan. hee
ni gambar aku akan ahli2 kumpulan aku yang lain . kita orang ber-wefie lepas habis temuduga hee
okay tu sahaja untuk entry kali ini . okay bye :D
RELATED TO THIS ENTRY (READ THIS) :