Monday, 25 May 2015

Tips & Pengalaman menduduki UKCG IPG Gaya Kota KInabalu 2015

Assalamualaikum w.b.t

hai hai hai semua nya . so di sini aku nak share pengalaman aku ambik UKCG hari tu hiks

okay hm opsyen yang aku mohon kat borang IPG ialah pilihan pertama Pendidikan Islam ( Lepasan SMU ) , kedua pulak Matematik .dan Alhamdulillah dapat pilihan pertama .

at first memang seriously aku cakap , nervous gila .sebab ramai yang cakap ukcg ni teruk lah , activity macam plkn lah , kena buat push up lah and so on

haha so masa hari tu saya pegi ukcg kat IPG Gaya Kota Kinabalu , sejuk jew tangan sepanjang perjalanan . nervous gila la katakan xDhari tu aku kena sakit kaki . sampai lari and lompat pon dah tak dapat dah . serious sakit gia . hari tu , aku just tawakal ja supaya Allah tolong kurangkan sakit tu . 

imagine aku takk boleh jalan laju dengan kaki aku yang sakit . turun tangga pun slow gila sebab sakit .hari tu aku betul betul tawakal ja . apa apa mo jadi pun , jadi lah . huh----

okay then lepas sampai ja IPG , bapa aku bawak aku sarapan kat cafe and kenalkan aku dengan anak kepada kawan dia . haha so that girl lah yang sama2 dengan aku ukcg sampai habis . dia tua setahun dari aku . batch 1996 .

so , dia just okay ja lah . dia memang tahu aku ada sakit masa tu . dia jugak caring selalu tanya " sakinah , okay ? boleh lari ?" she is so nice :D

ok jom start !


Apa itu UKCG?

- UKCG ialah UJIAN KELAYAKKAN CALON GURU yang mana korang yang nak jadi cikgu-cikgu ni kena menduduki ujian ini sebelum ditapis untuk layak di interview. ( Alhamdulillah aku berjaya ujian UKCG ni then terpilih temuduga . kalau nak baca pengalaman temuduga aku , klik SINI )

i dont know . orang cakap memang mencabar fizikal dan mental lah jugak sebab kan first ada ujian bertulis then baru lah pegi ujian fizikal . tapi trust me , okay ja lah . doa ja banyak2 supaya Allah permudahkan :) yang penting korang buat ja lah sehabis mungkin yang termampu . selebihnya serah ja dengan Allah . and doa banyak2 supaya abang2 kakak2 tu di lembutkan hati bagi markah tinggi untuk orang hiks

tapi seriously , lepas je pulang dari ukcg , aku memang dah tak boleh bjalan xD kan aku dah memang sakit kaki pada awal tu . then lepas ujian fizikal . lagi sakittttt gilaaaa serious aku cakap . tapi worth it lah kan sebab tu bukti kita buat yang terbaik .

okay so masa Ujian Fizikal ,

STESEN 1 : kita orang akan timbang berat and ukur tinggi.nak tengok BMI kan , ala okay ja lah . xda seram sangat pon . haha masa tu tinggi aku 159cm berat pulah 44.***( lupa) so aku just anggap 45kg . 

STESEN 2 : kita kena buat sit up . hahaha sit up tu ada lima jenis . sekurang-kurang dapat buat tiga . aku betul xdapat buat sit up . seminggu before ukcg pon aku dah try , memang aku xdapat buat haha so masa tu aku just dapat buat 3 jenis ja hahaha 

STESEN 3:kita orang pegi lompat quadran . remember aku cakap aku tak dapat lompat ?

masa tu aku hentam lompat ja sakit gila macam mana pon , sebab bagi aku , kena lah bkorban sikit for my own future kan . sekurang kurang nya kita dah usaha then tu semua Allah yang tentukan . haa . lompat quadran ni macam ni , kat lantai tu ada petak tulis 1234 . so kita kena lompat lah kat nombor2 tu dengan laju tanpa terkena garisan . kalau kena garisan kena potong markah .  haha trust me , aku banyak kena garisan . abang yang tulis markah aku tu pun ketawa ja hahaha dalam lompat quadran ni , kena lompat sebanyak yang mapu dalam masa 10 sec .

STESEN 4 : silang sisi ni kena kangkang sikit , sentuh tangan ke lantai , then bangun pandang kanan sentuh dinding . Sentuh lantai semula bangun semula then pandang kiri dan sesentuh dinding kiri . Buat laju2 then kaki tak boleh bengkok .haaa yang ni worse sikit sebab haha masa tu korang akan rasa macam "nak markah tinggi '' '' buat ja sehabis mungkin" masa ni tudung kau rosak kedepan macam mana pon kau takkan peduli walaupun ramai ajk2 kat depan tu tengok kau hahahahahaaa malu tu ya malu tapi ya lah . nak buat and dapat markah lebih kan . 



STESEN 5 ( LAST ) : BLEEP TEST hahahahhaa and this is the worst kalau nak banding dengan semua . kalau tak tahu apa tu bleep test , p cari kat google . haa masa tu , kan kitaorang punya bleep test buat kat gelanggang . panas2 . sekitar pukul 11 am lebih . 
aku ni jenis cepat pitam kalau bpanas lama lama . so masa tu aku memang dah tawakal habis gila. aku just bertahan sampai level 2.8  . masa tu aku memang dah nak pitam , dunia aku dah jadi berpinar pinar , plus kaki aku yang sakit tahap gila dah tak boleh lari . hahaha group aku bertahan sampai level 3.6 ja . 
curik dari google
 semakin naik level , semakin meningkat la and makin laju . siapa yang pernah ikut PLKN , dah biasa lah sebab bleep test ni ada dalam program plkn jugak .
setiap 1 pusingan kena lari , 20meter kalau aku x silap . kena sampai kat kon yang disediakan sebelum bunyi beep , kalau tak sampai , first kena bagi kad kuning / amaran . then kalau buat lagi kedua kali , terus kena bagi kad merah then stop lah



haaa itu lah antara pengalaman aku ambik ukcg ni . serious aku cakap , aku rasa macam tak nak jumpa lagi ja kakak-kakak and abang-abang yang tengok / catat markah aku hari tuh . malu tahap teruk weh . kalau ya pun aku jumpa orang balik , harap-harap lah dorang dah x kenal muka . haha

okay tu ja . so kepada yang kena ukcg nanti , goodluck ! :)

ASK ME ANYTHING YOU WANT ,
 HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nurnanaa97
INSTAGRAM : nurnana97
ASK FM : nurnanaa

2 comments:

  1. Saya tak dapat nak buat sit up kalau takde org yg tahan kaki... macam mana ni? Memang ke reject terus ke? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon tak dapat tau haha tapi tengok jugak belas ihsan kakak/abang yang jaga awak masa tu jugak. biasanya yang jaga tu tak bagi tick kosong kalau tak dpt buat. biasanya dorang baik2 belaka hihi

      Delete

dah baca , comment lah sikit ;)