Sunday 12 April 2020

Skincare Routine ( AFTER I Recover From Breakout) 2020

Assalamualaikum!

Hi there , aku dulu actually berniat nak share list product skincare yang aku guna kalau kulit aku dah okay.... sebab supaya mendatangkan manfaat buat semua :)

So this was me ; December 2019;


And this is the latest pic of me ; April 2020

so here i am. nak buat skincare routine. since aku dah buat pengalaman breakout last year : Pengalaman Breakout & Jumpa Pakar Kulit 2019 

so ni adalah skincare routine yang aku dah buat almost 4 months okay :) 

so , awal-awal ni aku nak tegaskan:

some of this skincare product maybe tak sesuai dengan korang semua. so, jangan salahkan aku pulak kalau tak menjadi ke apa ha... hehe and one more thing, kulit aku tak 100% flawless but better than before. so aku nak share la apa yang aku dah pakai okay :) 

selain skincare product, aku jugak akan selitkan supplement yang aku makan ok ;) 
actually, aku dah share kat instagram sebab ada beberapa kawan2 aku nak tahu . hehe so nak share kat sini jugak :D

1. CLEANSER
Sebamed : Teenage Cleansing Liquid

cleanser ni aku dah pakai almost 4 months. sebelum ni aku pakai garnier pure active, tapi aku rasa cleanser tu dah tak sesuai dengan aku. and kalau aku pakai, kulit aku amatlah kering and rasa tegang. so, i tried this cleanser. at first , agak purging jugak sikit.... tapi then after weeks and months, lama2 dah makin okay :)

2. Scrub
ST IVES : Oatmeal Scrub & Mask

Scrub ni aku pakai after kulit muka aku dah betul2 stabil dari breakout teruk last year tu. aku dah pakai almost 2 months i guess? aku pakai , lebih kurang 3x seminggu sahaja 

3. Toner (siang sahaja )
HADA LABO Gokujyun Premium Hyaluronic Acid Lotion

well. aku jujur, aku tak pakai moisturizer :( sebab aku belum jumpa moisturizer yang sesuai dengan aku and aku agak trauma nak try new product lagi since aku breakout last year tu sobs sobs. 

so , di sebabkan aku tak pakai moisturizer, aku guna toner hydrating hada labo ni. boleh la... boleh tahan :)

4. Sunscreen
Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel SPF50+++ 
haa. ni aku pakai daily tau. and since aku tak pakai moisturizer, aku rasa sunscreen ni dah boleh moisturize skin aku hehe 

5. CC CREAM
FCC Skin Perfecting Balm CC Cream Light To Medium
okay, cc cream ni aku pakai kalau nak keluar pegi kuliah ke, nak gi shoping ke.... ha... sebab aku tak pakai foundation. aku pakai ni je. 

5. MAKE UP REMOVER
sebelum ni, aku pakai garnier pink tu... tapi aku rasa macam kurang sesuai... so aku try la yang colour biru ni, then alhamdulillah. nampak progress :)

6. VITAMIN C SUPPLEMENT
Vitamin C 21st Century (250mg) 
kalau korang ada baca entry aku sebelum ni, aku dah stop makan antibiotik doxycycline kan. after aku stop makan, aku terus beli vitamin ni . hehe. tapi, ada doctor yang kata vitamin c ni tak baik untuk buah pinggang . so aku beli yang 250mg sahaja. kulit aku sensitive sangat. aku rasa aku perlukan vit c ni :(

7. FACIAL SPONGE

okay, yang ni aku akan pakai 2-3x seminggu. lebih kurang scrub jugak la. aku beli kat watson and guardian :)
cara aku guna benda alah ni, firstly aku pakai cleanser pakai jari then gosok slowly guna sponge ni. slow2 je tauu

8. MINUM AIR 1.5L KE ATAS
mesti korang dah biasa dengar pasal minum air banyak2 ni kononnya boleh buat flawless kan?? hahaha aku pon dah banyak kali weh dengar. the, amazingly, it slowly show some progress actually. try it!

okay tu je hehe 

so that's it. selamat mencuba :) semoga semua yang ada masalah macam aku, diberikan kesembuhan aamiin <3

p/s: most of the pictures, i got from google :)

Pengalaman Breakout & Jumpa Pakar Kulit 2019


Assalamualaikum w.b.t !

Hai semua :D almost 2 years okay aku tak buat entry! Hehe selalu je aku terasa nak buat entry tapi takde mood + malas :p So, entry kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku breakout LAGI !!

LAGI?????

Ya Allah, almaklumlah kulit aku agak sensitive sikit so senang sangat breakout :( 

tapi kali ni aku nak cerita pengalaman aku breakout last year sampai lah aku decided untuk pergi ke klinik pakar kulit for the first time ever !!
gambar before gi klinik pakar kulit hehe

Sebelum tu, aku nak cerita macam mana aku boleh breakout. Entry beberapa tahun yang lepas, (Pengalaman Aku Berjerawat), aku cerita aku breakout sebab aku pakai local product kan ?

So kali ni, punca aku breakout pon aku kurang pasti…actually…aku rasa banyak faktor penyebab aku breakout.

So macam ni, last year adalah tahun yang agak exhausted sikit bagi aku sebab time tu lah aku banyak rasa mental breakdown hahahaha. so maybe aku rasa penyebab aku breakout ni, sebab aku stress, kurang tido, kurang minum air.

At first aku breakout sikit-sikit je, I mean tumbuh jerawat besar2 cam tu lah. So aku agak panik then aku try macam-macam skincare baru kat Watson. And then pakai cc cream tebal2 supaya orang tak perasan aku breakout :( then makin lama muka aku makin teruk…then aku macam terfikir lah nak try g dermatogist kan..

Then aku survey lah klinik2 pakar yang berdekatan dengan area aku (Bangi) …

and then aku pon pegi lah ke Klinik Pakar Kulit Bangi An-Nur. Tapi kena contact dulu lah klinik tu, untuk booking session/ buat appointment . Hehe aku datang awal pagi okay….kalau tak silap aku, klinik tu start session lebih kurang pukul 9/10 pagi.

Aku jumpa doctor kat situ…dia tanya la aku ada pakai skincare apa itu ini… bla bla bla…actually takde apa sangat pon, just sembang2 sikit then aku keluar then tunggu kena panggil untuk dapatkan ubat.

Total price: rm250

Hahaha agak mahal gak bagi aku, maybe sebab ubat-ubat yang dia bagi….. kot? Atau sebab aku student… sebab tu aku rasa mahal xD

Aku dapat cleanser, antibiotic (doxymycin/doxycycline), acne cream (AzClear Action) : pakai waktu siang & Tretinoin (acne cream: pakai time malam sahaja!)
Aku kira lucky la jugak sebab time aku start ubat-ubat jerawat ni, musim school holiday so, aku duduk rumah je lah.

Btw, fyi rumah aku kat Sabah hehe

So now, aku cerita pengalaman aku sepanjang almost 2 months guna ubat-ubat klinik ni :)

1) CLEANSER
Aku rasa aku pakai cleanser yang klinik bagi ni dalam 2 weeks je rasanya. Sebab aku rasa macam tak sesuai dengan aku hahahaha aku memang tahu kalau tengah guna ubat jerawat, memang dia akan keluarkan semua jerawat kan? Tapi ntah lah…. Cleanser ni memang aku tak minat hahahaha then aku stop pakai , then pakai semula cleanser lama aku…

2) Tretinon (acne cream : pakai malam sahaja)
Sebenarnya aku tak tahu nak cakap lebih2 tau pasal cream ni. Aku just cerita based on apa ya yang aku dah kaji and pengalaman aku sendiri la ye :D

Based on pembacaan aku, (ceh :p) cream tretinoin ni agak kuat jugak. 

Tak boleh dipakai sembarangan kecuali atas kebenaran doctor. Ibu mengandung pon tak boleh pakai.

So, pengalaman aku pakai cream ni…. 

Ya Allah, satu je aku nak cakap. SAKIT + PEDIH GILA! 

Hahahahaa sebab cream ni buat kulit menggelupas dan jerawat-jerawat akan tumbuh lagi banyak. Masalahnya, jerawat tu besar2 dan sakit okay pergh. 

Aku pakai setiap malam …. Almaklumlah, aku kan newbie lagi. Dapat je terus pakai everynight. Hish3.

Tapi sekarang aku still pakai tau! Once a week sahaja :) ha, skincare routine nanti aku cerita kat entry seterusnya okay…

3) AzClear Action
And then cream AzClear Action, sangat best!!!!! My holygrail….. aku ni jenis susah tau nak jumpa acne cream yang sesuai dengan aku. Tapi AzClear Action ni, memang sangat okay dengan aku. 

Bila rasa jerawat nak naik, letak je…. Then makin lama makin okay la dalam beberapa hari. Yeay! 

Cream ni susah sangat weh nak jumpa. Aku sampai cari ke beberapa farmasi, tak jumpaL terpaksa pergi ke klinik kulit baru dapat :D

Hari tu, aku try pegi Klinik Pakar Kulit Annur tu semula, tapi out of stock. Then aku pegi Klinik Dr Bazilah. Yay! Dapat…….!!


4) Antibiotik Doxymycin/ Doxycycline
Then okay sekarang aku cerita pengalaman pahit aku makan antibiotic Doxymycin ni okay. 

Ya Allah... kalau boleh kena buat entry khas rasanya untuk cerita pengalam makan antibiotic ni haha

Okay, ni mesti first time tau aku makan antibiotic Doxy ni. So aku buat la sedikit research….

Yang aku dapat tahu, kalau makan antibiotic ni, tak boleh makan time perut kosong. Sebab kalau tak, nanti muntah. Then kena makan max 6 BULAN !!!

Okay, I was like … “ never mind,I’ll try …”
Bulan pertama (November 2019) :

makan doxy, okay je…. Cuma aku perasan kulit aku makin kering yang teramat pedih :'( bayangkan kulit kat atas kelopak mata aku menggelupas okay…. 

Pedih gila sampai aku try bermacam-macam moisturizer tapi tetap tak okay…. And then, aku try Vaseline , baru macam okay sikit :’( sobs sobs

Tapi sumpah memang kulit pedih gila… then jerawat keluar banyak lah untuk bulan pertama ni hm… nasib baik lah aku duduk rumah je masa tu…

And then, selera makan aku merosot gila time makan doxy ni. Imagine, aku lapar tapi takde selera nak makan. Tapi masalahnya, aku kena makan jugak sebab aku kena makan doxy ni ==“

Aku rasa aku macam lemah semacammmm je tau time makan doxy ni. Selalu takde semangat, mual, pening, rasa nak demam ha gtuu.. tapi bulan pertama ni okay lagi. Aku boleh tahan lagi…

Sampai la bulan yang ke-2 (December 2019)….





then, satu malam tu, aku muntah gais……. Padahal aku ada makan nasi okay before makan doxy. 
Tapi aku positive thinking lagi… aku terus makan lagi hari seterusnya…

Then beberapa hari seterusnya, aku muntah lagi. Sumpah masa tu , aku rasa perut aku macam tak boleh terima dah doxy ni ha. Then after aku muntah tu, aku try makan something untuk isi perut. 

Tapi aku muntah lagi….. aku lemah gila masa tu. Pening teruk… then esok pagi, ayah aku bawak aku pegi klinik hahahaha then doctor tu pon suruh aku stop makan doxy buat sementara waktu ni.

Jujur aku cakap, masa tu aku memang sangat trauma makan ubat. Even Panadol pun aku tak berani nak telan. Perasaan aku ni, hanya orang yang pernah makan doxycycline sahaja yg faham :’) 

so aku pon decide untuk stop makan doxy sampai lah sekarang. Trauma beb!

Tapi actually time bulan ke2 makan doxy, jerawat aku dah makin hilang tau. Sebab tu aku macam kuatkan semangat jugak nak teruskan makan doxy. Tapi nak buat macam mana. Perut aku dah tak nak xD


January 2020:


Mac 2020


So sekarang dah 4 bulan aku stop makan doxy. Alhamdulillah kulit dah makin okay. Even ada je tiny bumps sikit-sikit. And scars masih ada tapi, insya Allah slowly .

So sekian sahaja pengalaman aku yang tak seberapa ni.

So kepada yang nak tahu skincare routine aku after recover from breakout boleh bukak entry ni pula -> Skin Routine ( AFTER I Recover From Breakout) 2020

Thankyou sudi baca entry aku yang tak seberapa ni hehe. Semoga orang-orang yang ada masalah macam aku diberikan kesembuhan aamiiin !

Be strong okay <3
February 2020 ;)