Friday, 15 December 2017

Me with my tudung pendek

Assalamualaikum. Hi gais. So entry kali ni lebih kepada curhat/luahan lah kot (?) 

So those yang tak suka baca curhat ni boleh lah close cepat2 sebelum timbul rasa menyampah kang haa 

How and where to start eh.

Oh okay. Ehem.

Aku study kat satu college ni tau yang mana biah solehah sangat kuat dan tinggi. 

I mean their usrah and badar (you will know if you are from boarding school) sangat kuat. Which is im not very really really comfortable!

Not bcs of the hukum agama. No no no.of course not. Im just being my self. But the people here, are so judgemental. Benda kecik sikit akan cari kesalahan dan akan pandang rendah gila kat kita !



I heard (someone told me) they call me liberal. Bcs of my tudung pendek. Like seriously....?
There you go, my messy tudung pendek! It's bawal crepe okay
At first aku gelak tau. Sebab aku macam weh. Why people being so judgemental?

Okay first. Those yang tak faham what liberalism is... sat norh nak search google jap. Kang aku gtau hang kata ajaran sesat pulak.

"Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”


I got it from :  CLICK HERE

so faham?

Okay now. Aku nak cerita serba sedikit about my life okay. 

Aku dulu sekolah menengah agama tau. So aku memang terdedah dengan persekitaran camni. 

Tudung aku bidang 45. Which aku selalu je usaha buat dia jadi besar sikit. But not working kot bcs of aku tinggi dan dah berisi sikit (?)

Sebab ada je yang pakai tudung pendek sama macam aku tapi takde lah kena kecam macam aku. Sampai ada yang kata dengan aku "dia pakai tak pendek pon?"

Dah dia kurus gila takde isi, tulang je. Curve takde langsung, memang lah dia pakai tudung pendek camna pon tak nampak menonjol atau seksi di mata2 orang judgemental!  

Aku banyak gila tudung tapi tudung 45/48 je lah yang banyak. Sebab sebelum aku masuk college yang aku duduk sekarang, i was in upsi. 

Kat upsi kurang sikit orang jenis jaga tepi kain orang. 

*eh* and upsi tak strict sangat bab pemakaian.

Tapi dalam diam, aku try gak pakai tudung biar labuh sikit. Tapi bila aku pakai labuh, ada mulut tegur "eh nampak lain je'' etc

Manusia memang takkan pernah puas.

Tak habis kutuk aku dengan tudung aku, kutuk aku dengan pakaian aku pulak . Kata aku suka pakai baju kecik. Weh seriously? Baju aku besar2 tau. Ke sebab aku naik berat dari 44kg ke 53kg? Dan tu buat baju aku nampak kecik dan tudung pula nampak pendek ?

Haa tapi tak kisah lah aku memang salah lah sebab pakai tak ikot kemahuan orang. 

But why people being so judgemental? 

Dorang pandang tudung pendek ni macam rendah sangat berbanding yang pakai tudung labuh. Tak yah nak judge sangat sebab awak tak tahu apa yang dia alami / usahakan. 


Yang tudung labuh dipandang tinggi. Padahal yang tu lah kaki kutuk, kaki gosip, kaki gosip, kaki stalk lelaki kat instagram. Yang tuh jugak lah keluar dating dengan lelaki sampai malam. tapi? Yang pakai tudung tak seberapa nak labuh jugak kena kecam padahal hanya duduk diam tak buat pape pon.

Aku tak kata semua . SOME of them. Aku just kata benda yang jadi sekeliling aku sepanjang aku hidup 20years ni.

But when it comes to tudung labuh, ada individu yang mula berkata.

"Tudung bukanlah mencerminkan attitude/akhlak seseorang!"
"Jangan kaitkan tudung dengan akhlak"

Tapi bila orang tudung pendek?
"Liberal sikit pompuan tu. Dia tudung pendek!" - kata seorang lelaki yang suka meluangkan masanya dengan menonton filem porno.


Lain lah kalau perempuan tu pakai tudung pendek tak tutup dada tunjuk segala aset yang dia ada, so tu memang kena kecam lah.

Gais. Please stop being judgemental. Jangan buat agama kita nampak sangat complicated. 

maafkan saya sekiranya entry ini menyentuh hati mana2 pihak. But i keep all of this for a long long time in my heart. Deep in my heart.

Im not pointing you ( if you think i was talking about you in this entry) but i was just trying let go all of this stupid thing from my heart. 

People always say just being yourself, but when i tried to be my self why people keep talking shit behind me?  

Why so hard being yourself?

Kenapa yang hipokrit itulah yang disanjung tinggi?


and then ada jugak mulut mulut jahat berkata, "nak jadi diri sendiri padahal bertentangan dengan ajaran islam"

Fyi, dalam entry ni, saya tak bermaksud nak mengatakan bahawa tudung pendek tu baik, labuh tu jahat. no no no. dont get me wrong. apa yang aku nak sampaikan kat sini, give me time. kalau betul nak sampaikan dakwah, sampaikan cara baik. perubahan takes time. dan bukan secara terus. kena istiqamah. bagi masa. bagi ruang.Stop judging. You are not in their shoes.

Kalau nak tahu aku yg mana satu, tu haa yg tudung paling pendek. The purple-pinkish one.

READ THIS:
-MY SKINCARE ROUTINE
-PENGALAMAN BERJERAWAT AFTER PAKAI LOCAL PRODUCT!
-AKU KURUS? SALAH KE?
-AKU KENA GIGIT SERANGGA CHARLIE

MORE TO READ:

-I AM THE IPG STUDENT NOW
-BONGKAR ALMARI LAMA
i had friendS
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama so much?
-Kenapa tak follow back?
Me with my tudung pendek!!

Kenapa tak follow back?

Assalamualaikum gais.

Hai so pagi ni aku nak bebel sikit. Semalam aku check following list aku kat twitter. Then i found out that some people that i knew, tak follow me back. Ada yang dulu follow me back tapi sekarang dah unfollow. 

Then i was like.....

Wtf?

Hahaha batak hot siaa

Bukan kata nak jaga follower, tapi weh. We know each other, we talked and laughed but unfollow/tak follow back. 

Weh kalau ko nak unfollow pon block then unblock lah supaya tak nampak sangat obvious. sebab aku tak follow kau, kau pon tak follow aku. ( tu pun nak kena ajar ke?) Ke ko nak jaga follower kau supaya tak kurang?

Haih pantang gila dengan batak2 ni haaa. Terutama sekali girls. Kalau boys follow, laju je engko nak follow back. Nak kata diri hot ke apa?

Kita nak eratkan sillaturahim, dia tunjuk batak dia pulak. Ada nampak mummy happy?!!

Siap mention2 tapi tak follow back. Amboih

Ingat aku nak sangat ke follow twitter tak seberapa engko tu haa?

Ingat engko cantik sangat ke? Ingat ko retis ke? Geram pulak aku dengan golongan batak macam ni. 

Weh, aku dengan ex best friend ( we are not close like we used to) pon kitorang follow each other tau. 

Orang yang talk shit behind aku, sebar benda tak baik pasal aku pon still follow and tak main unfollow2 tau. ( at least they are not batak. So i can accept  it)

Kita nak rapatkan silaturahim, dia jadi batak pulak. 

Coach aku pernah kata, ''biar tak lawa yang penting jangan pekak"

Haa kalau aku pulak nak cakap, " biar tak lawa yang penting jangan batak!"

Post2 acah alim, post k-pop ( i mean too much, sampai tl aku full of kpop thingy) aku still follow and tak unfollow bcs of i know you and we know each other. But ish so batak , and i cant stand the batak-ness!! 

P/s: sorry guys, im not so into k-pop thingy. I do watch k-drama sometimes. Tapi ni tl aku full of korean people yang aku tak kenal. Like. Urgh, can you please understand me?! Pls pls pls, understand. Aku pon bukan nak kata buruk pasal k-poppers. Serious tak! yeah it's fine sebab minat masing2. Aku tak lah kisah sangat sebab they are my friend, okay, dorang minat korea okay fine. Lantak lah dorang nak post korea ke hape ill be fine with it. But tak unfollow pon! Sebab aku akan fikir what they would think when they found out i unfollowed them? See? Im still thinking how they would feel.

People, aku tak kata aku marah sebab follower aku kurang , aku tak kisah. But these people, i know them. Bukan retis, bukan insta/tweet famous. 

Kalau ye pon ko tak nak follow aku, bcs of annoyed tengok tweet aku, tahu block kan? Kalau ko block, then unblock we wouldnt follow each other.

Okay lah. Enough till here. Bye people...

READ THIS:
-MY SKINCARE ROUTINE
-PENGALAMAN BERJERAWAT AFTER PAKAI LOCAL PRODUCT!
-AKU KURUS? SALAH KE?
-AKU KENA GIGIT SERANGGA CHARLIE

MORE TO READ:

-I AM THE IPG STUDENT NOW
-BONGKAR ALMARI LAMA
i had friendS
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama so much?
-Kenapa tak follow back?
Me with my tudung pendek!!

Friday, 1 September 2017

Pengalaman ke Pulau Perhentian #ShortVacation

Hi. 

Assalamualaikum. 

so entry kali ni aku nak kongsi pengalaman aku ke Pulau Perhentian. so lets get start it!
Bertolak dari TBS pukul 10 pm. Then sampai Terminal Kuala Besut around pukul 6 cemtu lah. awal gak lah. subuh kot. haha





kat belakang terminal bas tu ada ni:





sampai kat terminal. kitorang pon basuh muka lah. ye lah berjam-jam dalam bas kot. then lepak jap kat situ. sementara lepak tu, haa jadi model lah jap kan depan camera! hahaha









Abang agent yang janji nak ambik kitorang tu kata nak ambik pukul 9. So, sementara tunggu kitorang pon makan lah jap. ada je restoran berdekatan kat situ. sedap!


Then agent Abang Aming tu pon datang ambik kitorang. Hantar pergi jeti.

Sampai kat jeti, aku yang tak pernah naik speedboat ni agak excited la jugak sebab ye lah tak pernah naik kan hahaha 




yang ni pulak insurans laut. kot2 lah ada kemalangan ke sepanjang vacation. bayar lah gak rm5 jee











then finally! kitorang pon sampai. I WAS SO AMAZED TAU DENGAN KECANTIKAN PULAU PERHENTIAN NI. CANTIK GILAAAA










Alhamdulillah tak mabuk laut haha takde lah complicated sangat nak muntah bagai.

Then, sampai kat Pulau Perhentian kitorang pon pegi lah tengok chalet kitorang. Stay kejap then tetiba blackout ! fulamak. Memang burn gak lah padahal niat nak stay bilik tido sebab penat kan. Terpaksa lah gak keluar dari chalet dengan baju tido duck aku tu haaa. sebab dah malas nak tukar baju dah.


Sambil jalan jalan kat pantai Long Beach, ambik gambar la sikit. 





ni pulak, pemandangan kat Long Beach.









teteiba jumpa budak kecik pulak, pastu ambik je gambar budak tu....hahaha




then, balik tido chalet sebab penat.

Then malam tu kitorang pegi jalan2 kat long beach. Sebelum datang sini, dah dengar dh kat Pulau Perhentian ni agak bebas la gak. Haha bila sampai sini, baru lah aku faham bebas yang dorang kata tu tahap cemana.


Haha tapi standard lah mat salleh p pantai cemana kan. Macam kita tengok tv tu haaa camtu lah. Lebih-lebih lagi tempat ni kan tempat pelncongan . Standard lah tu kan

then kitorang ada jalan-jalan gak pegi sekitar chalet kitorang tu.














Over all, the chalet yang kitorang pegi, aku bagi C lah. Sebab kat situ, ada chalet yang pakai solar. Kalau chalet yang kitorang pegi pakai minyak. So memang la 24hours. Tapi....

Kena tunggu lah sebab kalau minyak tu habis, akan blackout. Dan kitorang ambik chalet yang takde aircond. So memang sauna la hahaha 


okay, aku nak share sikit. bab makanan, kat situ memang bapak mahal gila like seriously. serious mahal gila. so cam kitorang, kitorang bawak bekal makanan macam maggi, bubur nasi, nestum untuk jimat lah. tapi kalau korang okay je makanan mahal gila, so that's okay je lah. minuman pon mahal okay. serious tak tipu. lupa nak tangkap gambar hari tu. kitorang nak makan pon fikir 10x tau hahaha




 haa ni bekal yang kitorang bawak untuk 3 hari. 



then masa dah nak balik tu, hm. tak terasa pon weh. i mean kitorang 3 hari 2 malam kat situ, tak terasa pon. kalau nak kira bajet keseluruhan termasuk bus bagai tu boleh lah dalam rm700+ something lah.









Tapi after all, have fun la jugak. Pulau Perhentian sangat cantik, lawa kalau masuk dalam air tengok ikan-ikan wuiyoh rasa macam kejar je ikan tu sampai lupa ada banyak assignment kena buat hahaha ok lah ni je lah kot entry untuk kali ni. (tapi sedih sebab camera takleh bawak masuk air. kena beli go pro la pasni. sobsss)


Sebarang pertanyaan, komen je. Jangan malu-malu hehe okay bye xoxo




READ THIS:
-MY SKINCARE ROUTINE
-PENGALAMAN BERJERAWAT AFTER PAKAI LOCAL PRODUCT!
-AKU KURUS? SALAH KE?
-AKU KENA GIGIT SERANGGA CHARLIE

MORE TO READ:

-I AM THE IPG STUDENT NOW
-BONGKAR ALMARI LAMA
i had friendS
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama so much?
-Kenapa tak follow back?
Me with my tudung pendek!!