Monday 9 April 2018

Pengalaman dan Tips PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Johor !

Assalamualaikum wbt

hai semua! so sekarang ni aku kat kelas, ada buat presentation untuk assignment. tapi turn aku dah hari tu. so aku just jadi penonton je lah hari ni. kahkahkah. lately memang busy gila. duduk IPG memang rasa nak cabut kepala je tau! hahaha walaupun aku ni baru semester 2, tapi Allahu. tak tahulah semester akhir (semester 8) nanti tahap susah tu macam mana. sebab tu aku tak suka siapa yang kata jadi cikgu ni senang. 

okay tujuan aku buat entry kali ni sebab aku nak share lah sikit pengalaman aku ber-PBS minggu lepas. mungkin ada yang buka entry ni boleh lah dapat manfaat sikit2, insya Allah aku akan share pengalaman aku sepanjang di sekolah and sedikit tips lah kot. takde lah tips sangat sebab aku bukan hebat pon, tapi tips sebagai orang yang ada pengalaman je la kot hehe

okay, firstly! apa itu PBS?

PBS ni adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah. ni adalah PBS pertama aku. ( kalau duduk IPG, kita akan ber-PBS sebanyak tiga kali iaitu pada semester dua, tiga dan empat.) so aku sekarang semester dua, so this is my first PBS. 

PBS ni adalah tugasan yang mana kitorang kena datang sekolah, tengok2 sekolah, persekitaran, pengurusan sekolah etc. lebih kurang macam ni lah. kitorang tak perlu masuk kelas untuk mengajar macam student praktikum. sebab PBS je kan. so rilek2 je lah. 

tapi ada je sekolah yang akan bagi relief ( ganti guru yang tak dapat mengajar sebab ada hal atau cuti mengandung etc ), ikut sekolah lah. masa aku PBS, tak banyak sangat relief. tapi ada member aku (kat sekolah lain) dapat relief banyak gila. so tengok rezeki masing-masing. tapi bagi aku sebenarnya relief ni okay sebab boleh bagi pengalaman awal masuk kelas, jumpa murid-murid :)

okay so PBS kitorang ni 1 minggu. tapi memandangkan aku PBS di Pontian, Johor so hari Ahad cuti Keputeraan Sultan Johor and then Jumaat pula cuti bagi negeri Johor. so, kitorang ber-PBS hanya 4 hari. 

WHICH IS NOT REALLY GOOD FOR US!!

sebab apa?

sebab, kitorang PBS ni bukan setakat datang saja-saja round sekolah, tapi kitorang dah diberi tugasan khas untuk PBS dan tugasan assignment subject Murid dan Pembelajaran, so, kitorang agak rushing gak lah siapkan tugasan. hahaha

kitorang pilih sekolah ni sebab kitorang tinggal kat rumah kawan kitorang yang berdekatan dengan sekolah tu. so kitorang BEREMPAT PBS di sekolah yang sama.

kenapa aku tak PBS kat kampung sendiri je iaitu Sabah?

boleh je kalau aku nak PBS kat sabah; kat sekolah ayah aku. senang sikit kan. 

tapi, aku ni agak pemalu sikit sebab sekolah ayah aku tu adalah sekolah rendah aku dulu. so ada guru-guru lama aku. aku belum ada pengalaman jadi cikgu lagi, so aku takde keyakinan lagi hahaha thats why aku tak PBS kat Sabah.

so aku nak list lah tugasan yang kitorang kena laksanakan sepanjang ber-PBS.

  • perlu buat perbincangan (macam temu bual lah) dengan pengurus sekolah, guru-guru, staf ke student. ikot lah. dengan siapa2 yg kitorang nak. sekurang-kurangnya 5 orang lah. kena buat kolaboratif tentang isu-isu yang berkaitan dengan sekolah haa lebih kurang camtu lah.  so, kitorang sempat temubual guru besar, guru PK HEM, Setiausaha Sekolah, pak cik guard, pak cik kantin. haa ni je lah yang sempat haha

  • pastu kena join aktiviti-aktiviti yang ada kat sekolah tu. contohnya kitorang kena suruh jadi hakim bagi pertandingan sajak sempena Kempen Anti Dadah di sekolah tu. memang kelakar habis jadi hakim padahal join sajak pon tak pernah hahaha jadi bidan terjun betol! hahaha

  • pastu next tugasan bagi assignment subject Murid dan Pembelajaran pula, kitorang kena cari dua orang murid, then temu bual dan seterusnya bandingkan kecerdasan kedua-dua murid tu. sorang murid, murid yang normal dan yang sorang lagi yang ada masalah pembelajaran. Alhamdulillah guru besar and PK tolong kitorang dan bagi peluang dengan kitorang utk siapkan tugasan kitorang dalam kelas pemulihan


  • then next, kitorang kena masuk kelas dan tengok kaedah pengajaran guru tu sendiri. dia mengajar macam mana, pakai bahan apa, pakai kaedah apa, pakai ICT ke etc
****

haa tu lah antara tugasan-tugasan yang kitorang kena buat. so itu lah tugasan yg kitorang kena buat selama 4 hari di sekolah.

so sekarang nak share sikit pengalaman kat sekolah. 

FIRST DAY
so first day, memang awkward teruk. datang je sekolah, kitorang duduk kat meja yang dah disediakan. memang awkward gila sebab kitorang duduk dalam bilik guru. sekolah tu sebenarnya SKM ( Sekolah Kurang Murid), so student ada 100+ and guru-guru ada 14 orang je termasuk guru besar.

tapi Alhamdulillah. maybe guru-guru kat situ faham kitorang ni agak pemalu sikit so, dorang datang meja kitorang ajak sembang2. pastu ada sorang Ustaz ni bagi keychain dengan guru2 kat situ sebab katanya baru balik dari Cameron. then dia pon datang meja kitorang bagi keychain tu. alahai baiknya, rasa diterima betol kat sekolah tu. tapi 1st day kitorang takde buat apa sangat, just duduk2 jalan2 kat sekolah. selfie , ootd .






NEXT DAY
then the next day, kitorang dah start dapat relief. PK datang jumpa kitorang and tanya kitorang boleh tak buat relief. so kitorang okay je sebab ye lah duduk bilik guru bapak pishaangggggg! hahaha bosan gila duduk je. dah la malu-malu kucing. so dapat relief. masuk lah kelas darjah 1 & 5. Alhamdulillah, tak hilang suara aku hahaha aku suka masuk kelas darjah 1 sebab dorang happy gila nampak kitorang. perasaan dipanggil "cikgu" tu, Allahu. ye lah first time kan. so agak tersentuh lah jugak. rasa sayang pula dengan budak-budak tu. alahai rindu la pula. so Alhamdulillah atas pengalaman pertama. murid-murid kat sekolah tu pon takde lah nakal sangat. okay je. guru-guru pon okay. im very grateful <3


****
sebelum PBS, kitorang ada dapat tips PBS dari senior. antara tips tu, bagi sumbangan kat sekolah. so, kitorang berempat memang dah sepakat tak nak bagi sumbangan HAHAHA sebab kitorang seriously tak tahu nak bagi sumbangan apa dengan sekolah ni haa. dah lah baru first time datang sekolah tetiba nak bagi sumbangan pula =='

pastu tiba-tiba hari first sebelum nak balik, PK datang jumpa kitorang then tanya kitorang nak tak buat sumbangan dengan sekolah ni. then dia cadangkan buat mural. hahahaha kitorang pon......... o.O

at first memang serabut, yelah. kitorang kena siapkan mural sebelum balik, then tugasan belom start langsung! memang rushing gila. 

2nd day, kitorang start buat tugasan2 dan start buat mural. Alhamdulillah, mural kitorang dapat siapkan dalam masa dua hari sahaja! tapi memang hari kedua dan ketiga memang kitorang balik rumah lewat lah. pukul 6-7pm macam tu lah. gigih gila hahaha. datang ke sekolah pula everyday pukul 6.30-6.40am! 

bapak ah awal gila kannn??! 

hahaha tapi aku dah biasa la datang sekolah awal macam ni time kat sabah. so bukan satu benda yang baru bagi aku :D

mural yang kitorang buat adalah Amalan 3s (Senyum, Salam dan Sapa) & Man Jadda Wa Jada.



then, hari last guru besar suruh kitorang buat ucapan pasal hasil tugasan kat depan murid-murid dan guru-guru. hahahhaha sepanjang aku jadi student langsung tak pernah berucap tetiba kena suruh berucap. but Alhamdulillah everything went well.


over all, memang best lah PBS. guru-guru pon okay! hari kedua last guru PK belanja kitorang makan kat kantin dan hari last GURU BESAR pula belanja kitorang. ya Allah. terharu gila ^.^

haa yang paling buat aku terharu masa hari last;
masa tu kitorang tengah buat kerja tugasan di bilik guru. then tiba-tiba ada sorang cikgu perempuan datang and panggil kitorang suruh turun bawah, then dia suruh berdiri dekat pintu untuk bgambar dengan dia. rupa-rupanya, amalan 3S yang kitorang buat tu (kitorang buat kat depan Makmal Sains) dan cikgu tu CIkgu Sains!!

dan Man Jadda wa Jada tu kitorang buat depan kelas darjah 3 iaitu kelas dia juga! ya Allah kebetulan betul. hahaha. then dia bagi bunga dengan kitorang. setiap sorang dapat! dia ucap terima kasih dengan kitorang sebab buat mural padahal masa singkat je. Allah rasa terharu gila T.T 

sebab ingatkan usaha kitorang siapkan mural ni, takde sapa nak hargai even kitorang balik lewat T.T rupanya ada jugak Alhamdulillah rasa terharu sampai nak nanges.dan akhir sekali sebelum balikm guru-guru ada buat majlis kecil-kecilan bagi sijil penghargaan macam tu lah dengan kitorang . lepas tu, ada sesi bergambar dengan guru-guru! alahai. :D








Rasa bersyukur jugak lah dapat PBS pertama di sekolah ni. pengalaman pertama yang sangat bermakna! dan ajar aku; jadi seorang guru ni memang sangat memenatkan! XD sebab nak layan perangai murid2, nak bagi dorang faham, nak bagi dorang terhibur dan tak bosan . ya Allah, hargailah guru anda T.T

okay lah ni jelah kot pengalaman yang boleh dikongsikan. kalau tips, haa , ni aku boleh bagi tips berdasarkan pengalaman aku sendiri.

  • bagi yang first time PBS, sebaiknya PBS lah bersama kawan-kawan. sebab ye lah, kau baru first time  ber-PBS, so better bergerak bersama kawan-kawan. bekerja secara berkumpulan itu lebih baik daripada berseorangan. at least, takdelah kau rasa macam tak tahu nak buat apa kat sekolah. tapi kalau kau jenis yakin pada diri, jenis boleh berdikari haa boleh lah. aku tak kata yang buat PBS tu sorang2 tu, tak baik. tak tak. jangan salah faham! kawan-kawan aku ramai je buat cam tu and dorang survived !
  • kalau boleh PBS ni, jangan lah pilih kampung sendiri. sebab PBS ni kan, kita boleh pilih sekolah yang kita nak. so nanti bila praktikum, tak dapat pilih sendiri dah. faham kan? so, ambil lah peluang ni untuk kenal budaya & tempat orang lain. macam aku, PBS first aku, aku buat kat Johor yang mana sekolah tu kat kampung yg mostly orangnya, org Jawa, so aku dapat banyak pengalaman ! (btw, im Sabahan)
  • kalau boleh try your hardest untuk sentiasa bermanis muka dengan guru-guru di sekolah tu. sebab kau guru pelatih, guru-guru lama akan perhatikan awak. so, try your hard to be friendly :) supaya dapat cemerlang PBS! hehehe
  • kalau BOLEH buat lah sumbangan. macam kitorang, kitorang buat mural. buat je anything yang boleh bagi kenang-kenangan dengan sekolah tu. bagi cenderahati ke. haa apa2 lah yang patut.
  • minta tips dari senior yang dah pernah PBS. lagi-lagi senior yang memang selalu dapat praktikum cemerlang tu, haa tanya lah. minta tips hehe
  • kalau PBS, kita tak perlu masuk kelas mengajar. ada sekolah yang akan bagi relief, dan ada yang baik hati memahami kita yg kita ada tugasan yg perlu kena buat. TAPI, masa kitorang hari tu, GB tanya kitorang nak tak masuk kelas mengajar. then kitorang nak! sebab apa? untuk pengalaman! best apa ambil pengalaman pertama ni! :D
  • tips yg paling penting, kat sekolah jangan lah duduk dengan kawan-kawan PBS awak tu je haa. duduk la jugak dengan guru-guru yg lain. macam kitorang, guru-guru kat situ rajin ajak kitorang sembang kat meja kat belakang bilik guru, sambil makan-makan.




haa, ni je lah kot perkongsian saya. semoga ada manfaat! Goodluck semua <3


READ THIS ( CLICK THIS):

-AKU KURUS? SALAH KE?
Pengalaman berjerawat setelah pakai local product!!!

MORE TO READ :
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama 

Friday 5 January 2018

My exam result!

Assalamualaikum!

Hellooooooo hai gais! Happy 2018 ! So was your 2018? Korang azam apa tahun ni?

 Azam aku tahun ni macam lambat datang ke campus je. Sebab aku asyik lambat je. Hahaha dah penat datang awal kot last sem.

Result exam last sem pon dah keluar. I got 3.71.
Hm kira okay lah kot. First sem untuk degree, aku dapat 3.71. Kira okay la kot since aku ni bukan budak pandai. Im very grateful Alhamdulillah.

Tapi walaupun masa asasi i got better tapi semester ni ada arab kot!!

So kira okay lah . Thank you so much kepada yang tolong aku especially untuk subject arab since aku ni agak jahil untuk subject ni. Haha

Kalau nak tahu ada je manusia jenis tak bersyukur even dapat pointer 3.6++ kat kolej aku.

Aku tak salahkan dorang maybe sebab orang kat sini ramai tau yg pandai2. So kalau pointer 3.8+++ tu normal bagi dorang . Allahu

So pointer aku takde lah tinggi. Tapi alhamdulillah, aku bersyukur.
Ni asasi semester 1
Ni asasi semester2
Degree semester 1
Well, okay. Now i want to talk about my goals for this year. 

This year aku rasa macam tak nak buat benda2 bodoh macam last year. Ya Allah 2017 seriously banyak gila memories yang best and tak best.

2017;
- last year aku banyak buat benda bodoh which i am very regret untill now. Ergh. Haa tu lah. Aku azam tak nak dah buat benda2 bodoh cam last year. 
B
- last year jugak, i lost some friends. I got betray. Tersebar benda tak baik pasal aku disebabkan kawan aku sendiri. (Dan sampai sekarang some people pandang aku jahat dan kawan aku tu pulak act like know nothing and playing victim pula!)

-last year, orang-orang paling aku percaya bukak rahsia aku dengan orang lain. Imagine lah, orang paling kita percaya, tempat kita luah semua rahsia tetiba lepas rahsia tu tersebar rupanya orang yang paling kita percaya. Memang kena taik gila kot aku 2017 ni hahahaha but well, i survived. I forgived but not forget.

-tapi last year, aku first time buat part time masa cuti. so boleh la dapat sikit-sikit. Lain macam kan kalau duit hasil titik peluh kita acececeh. Alhamdulillah

-i gain some kg. Boleh lah. Masa 2016, berat aku 46kg. Then paling latest berat aku , aku timbang, 54kg. Wow hahahaha boleh la. Since aku memang dalam usaha nak dapat berat badan ideal. Im so happy! Hehe

- even aku lost some friends / people, tapi Allah hadirkan orang2 yang baik untuk aku. Selalu tolong aku masa susah, alhamdulillah.

- assignments aku banyak yang dapat markah tinggi alhamdulillah

-dapat join camping rekreasi. Perggh aku paling tak boleh lupa masa malam kebudayaan, aku and 5orang lagi kawan2 aku lead menari. Alahaiii hahhaha tapi best!!

So disebabkan perkara2 di atas, i learnt a lot! Azam tahun ni tak nak dah kena taik lagi untuk tahun 2018 ni hahhaha okay, aku nak list sikit lah azam aku. Insya Allah aku usaha nak capai lah insya Allah

- kawan dengan semua orang. Tapi jangan percaya 100% bcs for some people, their friends are their fav food. (Eh faham tak?)

-tak nak dah share rahsia dengan orang yang aku baru kenal only for months bcs even years pon boleh betray. Apa lagi yang baru kenal kan??!

-nak focus bebetol la kot dengan study. Since subjek dah makin tough ecspecially subject arabic phew!

-nak gain weight lagi! Sampai dapat 56-57kg!

-nak move on dari crush HAHAHHAHAHA k

-nak bagi muka flawless putih berseri supaya crush menyesal aicecececeh ye ye je

-nak menghayati lah course aku ni. Sebab ye lah nak buat camne lagi kan. Kena redha dan yakin inilah yang terbaik untuk aku.

Haaa tu je la buat masa ni yang aku terfikir. Insya Allah , dipermudahkan urusan. Doakan untuk aku ye. Aamiin

P/s: aku tunjuk result exam bukan nak menunjuk. Sebab bagi aku, takde sapa pon nak baca blog aku ni. Kalau ada pon orang terdekat or secret admirer kot hahahhahaha ececeh takde lah gurau je.


READ THIS ( CLICK THIS):

-AKU KURUS? SALAH KE?
Pengalaman berjerawat setelah pakai local product!!!

MORE TO READ :
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama