Sunday 1 May 2016

PENGALAMAN AKU BERJERAWAT

Assalamualaikum.

hai there ! hehe it's been a long time aku tak buat entry . al maklum lah aku agak busy kot sekarang . * sebenarnya takde idea nak buat entry* haha

okay , aku rasa nak buat entry pasal jerawat ni sebab aku nak share kat korang pengalaman aku and apa aku buat untuk kurangkan jerawat

aku tak cakap yang muka aku clean and clear 100% k tapi aku just bagitau apa yang aku buat and letak bagi muka aku okay since ramai kawan2 aku tanya aku pakai apa . so aku akan share kat sini .

SEBELUM TU AKU NAK TEGASKAN YANG MUKA AKU TAKDE LAH CLEAN SANGAT  . IT'S JUST GET BETTER LAH KALAU NAK COMPARE DENGAN SEBELUM NI . JANGAN PULAK KORANG JUMPA AKU FACE TO FACE THEN CAKAP 

" hek eleh , dia ni buat entry pasal jerawat bagi tips bagai padahal muka pon hancor "

pls k pls . tamau dengar macam tu .

and satu lagi, skincare yang sesuai kat aku tak semestinya sesuai kat korang . so kalau korang nak try skincare yang aku pakai, just try tapi jangan lah salahkan aku kalau tak berkesan sebab kulit lain2 kan hehe

okay jom start!

okay macam ni . aku rasa kepada sesiapa yang follow instagram or twitter aku, friend kat wechat aku mesti tahu yang aku pernah kena jerawat hm takde lah teruk sangat kot tapi bagi aku teruk jugak sampai aku takde confidence nak keluar . seriously !

aku kena ni last year . when i was 18. sebelum tu muka aku takde lah clean sangat . tapi takde lah naik jerawat teruk sangat macam last year . last year, muka aku naik jerawat pasir. penuh kat dahi, pipi sampai bila aku jumpa kawan2 lama pon dorang akan cakap lebih kurang macam ni,


" nana . kenapa muka kau? "

" kau pakai apa sampai muka kena teruk macam ni?"

"asal muka kau dah bjerawat?"

" tu lah , jangan tukar2 product . kan dah teruk macam ni"

" muka kau takde lah teruk sangat jerawat tapi sebelum ni kan flawless . so too obvious lah bila kau kena macam ni"

korang faham tak betapa low nya confidence level aku masa tu? serious weh aku jarang sangat keluar rumah sebab ni je . sebab aku malas nak dengar orang cakap bukan2. kekadang, sampai taknak tengok cermin tau. 

kalau nak selfie pon, aku delete balik tau . aku memang jenis gila sefie tapi masa aku kena jerawat ni memang aku jarang gila selfie.

 even camera360 pon tak boleh nak tutup jerawat aku T.T

tapi masa ni yang selalu naikkan semangat aku, yang aku ingat just mama aku and senior aku. dorang je selalu cakap,

" ala . it's nothing la"
" ala okay je tu"
"biasalah hormon"

hoho . yang ni gambar masa aku kena jerawat tu














tapi, masa aku kena jerawat pasir ni , bukan setakat jerawat tau, muka pon macam makin gelap sampai orang lain pon tegur. 

kalau korang nak tanya punca aku bjrawat, aku sendiri pon tak tahu nak jawab apa. maybe sebab hormon?

tapi aku lagi syak sebab aku pakai ada satu product tempatan ni, then aku stop pakai. sebab mahal sangat untuk seorang pelajar macam aku. so aku stop. then tetiba naik banyak jerawat pasir.

* aku tak nak mention nama product tu *

tapi serious aku cakap, lepas je aku kena , aku memang tak try dah product tempatan untuk muka . aku rasa dah rasa trauma sangat weh hahahahaha

aku just akan tengok product yang kena jual kat watson and guardian je. 

aku bukan tak galakkan korang try product tempatan tapi before korang try , better korang baca review/testimoni product tu . jangan baca testimoni lepas pakai 2-3 bulan je, cari sekali apa pengalaman dorang lepas pakai and semasa stop pakai.

okay sekarang aku nak share product apa yang aku pernah pakai yang buat muka aku getting better than before.

1)



maybe those yang selalu search kat google cleanser yang okay untuk muka bjerawat, mesti ramai recommend Cetaphil kan?

 haha i tried it before. tapi cleanser for nomal skin not suitable kot for me . sebab dia tak bagi kesan sangat kat muka aku. then i tried Cetaphil for oily skin macam kat gambar yang aku tunjuk kat atas ni .

aku pakai boleh lah dalam beberapa bulan . kalau nak cakap berkesan ke tak tu, ntah lah. makin okay kot tapi tak sepenuhnya.tapi masih je tumbuh jerawat. then aku tak pakai dah cetaphil ni cus aku rasa cetaphil mahal sangat kot untuk aku plus dia tak bagi kesan kat aku. 

2) then aku try product Simple Trial Kit ni. sampai sekarang aku pakai. 


komen aku?

so far, okay je lah. dia tak mahal sangat dan okay je lah . muka aku makin okay kalau nak compare masa aku pakai cetaphil oily skin dulu. hehe


3) okay, selain daripada ni, aku  jugak pakai apricot scrub st ives.


seriously, aku cakap yang scrub ni okay gilaaaaaaa. aku akan pakai bila aku rasa muka kotor sangat then kalau aku rajin aku akan pakai scrub ni dalam seminggu 3 kali kot. JANGAN PAKAI SETIAP HARI. scrub ni sangat berkesan bagi hilang acne scar aku . tapi takde lah pakai terus hilang kan. kena sabar rajin dan konsisten. hehe

4)



yang ni pulak, Aiken Tea Tree Oil aku pakai untuk letak kat jerawat. aku pernah try Oxy, tapi tak sesuai dengan aku . banyak ubat jerawat yang aku try, tapi paling suka yang ni lah sebab ntah dia berkesan dengan aku hehe

5) untuk scar pulak , aku pakai Hiruscar ni. dulu aku rajin pakai. sekarang dah jarang haha sebab malas kot haha


*
*
*

haaa . semua product yang aku mention kat atas korang boleh je cari kat watson or guardian yang berdekatan. harga pon takde lah mahal sangat. sesuai je dengan pelajar macam aku. haha

ohya , lagi satu, aku consume vitamin C jugak . vitamin C 21st century ni boleh beli kat guardian and watson jugak :D


okay ni je kot. 

# semua gambar product kat atas aku curik kat google je . hehe

gambar aku yang latest hehe

okay ni je la. kalau korang nak tanya apa2, komen je kat bawah okay? 

bye !

p/s: sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui akaun sosial media iaitu Instagram : @sakinahmasran . boleh je kalau nak komen kat bawah entry ni, tapi takut saya baca tahun depan je >.< . so kalau urgent, contact through instagram saya okay :) 

 READ THIS ( CLICK THIS):

-AKU KENA GIGIT SERANGGA CHARLIE
-AKU KURUS? SALAH KE?
MY SKINCARE ROUTINE

MORE TO READ :
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama 

LOVE, NANA