Friday, 1 September 2017

Pengalaman ke Pulau Perhentian #ShortVacation

Hi. 

Assalamualaikum. 

so entry kali ni aku nak kongsi pengalaman aku ke Pulau Perhentian. so lets get start it!
Bertolak dari TBS pukul 10 pm. Then sampai Terminal Kuala Besut around pukul 6 cemtu lah. awal gak lah. subuh kot. haha




kat belakang terminal bas tu ada ni:




sampai kat terminal. kitorang pon basuh muka lah. ye lah berjam-jam dalam bas kot. then lepak jap kat situ. sementara lepak tu, haa jadi model lah jap kan depan camera! hahaha








Abang agent yang janji nak ambik kitorang tu kata nak ambik pukul 9. So, sementara tunggu kitorang pon makan lah jap. ada je restoran berdekatan kat situ. sedap!


Then agent Abang Aming tu pon datang ambik kitorang. Hantar pergi jeti.

Sampai kat jeti, aku yang tak pernah naik speedboat ni agak excited la jugak sebab ye lah tak pernah naik kan hahaha 




yang ni pulak insurans laut. kot2 lah ada kemalangan ke sepanjang vacation. bayar lah gak rm5 jee










then finally! kitorang pon sampai. I WAS SO AMAZED TAU DENGAN KECANTIKAN PULAU PERHENTIAN NI. CANTIK GILAAAA










Alhamdulillah tak mabuk laut haha takde lah complicated sangat nak muntah bagai.

Then, sampai kat Pulau Perhentian kitorang pon pegi lah tengok chalet kitorang. Stay kejap then tetiba blackout ! fulamak. Memang burn gak lah padahal niat nak stay bilik tido sebab penat kan. Terpaksa lah gak keluar dari chalet dengan baju tido duck aku tu haaa. sebab dah malas nak tukar baju dah.


Sambil jalan jalan kat pantai Long Beach, ambik gambar la sikit. 




ni pulak, pemandangan kat Long Beach.








teteiba jumpa budak kecik pulak, pastu ambik je gambar budak tu....hahaha



then, balik tido chalet sebab penat.

Then malam tu kitorang pegi jalan2 kat long beach. Sebelum datang sini, dah dengar dh kat Pulau Perhentian ni agak bebas la gak. Haha bila sampai sini, baru lah aku faham bebas yang dorang kata tu tahap cemana.


Haha tapi standard lah mat salleh p pantai cemana kan. Macam kita tengok tv tu haaa camtu lah. Lebih-lebih lagi tempat ni kan tempat pelncongan . Standard lah tu kan

then kitorang ada jalan-jalan gak pegi sekitar chalet kitorang tu.














Over all, the chalet yang kitorang pegi, aku bagi C lah. Sebab kat situ, ada chalet yang pakai solar. Kalau chalet yang kitorang pegi pakai minyak. So memang la 24hours. Tapi....

Kena tunggu lah sebab kalau minyak tu habis, akan blackout. Dan kitorang ambik chalet yang takde aircond. So memang sauna la hahaha 


okay, aku nak share sikit. bab makanan, kat situ memang bapak mahal gila like seriously. serious mahal gila. so cam kitorang, kitorang bawak bekal makanan macam maggi, bubur nasi, nestum untuk jimat lah. tapi kalau korang okay je makanan mahal gila, so that's okay je lah. minuman pon mahal okay. serious tak tipu. lupa nak tangkap gambar hari tu. kitorang nak makan pon fikir 10x tau hahaha



 haa ni bekal yang kitorang bawak untuk 3 hari. 



then masa dah nak balik tu, hm. tak terasa pon weh. i mean kitorang 3 hari 2 malam kat situ, tak terasa pon. kalau nak kira bajet keseluruhan termasuk bus bagai tu boleh lah dalam rm700+ something lah.








Tapi after all, have fun la jugak. Pulau Perhentian sangat cantik, lawa kalau masuk dalam air tengok ikan-ikan wuiyoh rasa macam kejar je ikan tu sampai lupa ada banyak assignment kena buat hahaha ok lah ni je lah kot entry untuk kali ni. (tapi sedih sebab camera takleh bawak masuk air. kena beli go pro la pasni. sobsss)


Sebarang pertanyaan, komen je. Jangan malu-malu hehe okay bye xoxo