Sunday 27 August 2017

Salah ke Aku Kurus/ Underweight

Hi there. Assalamualaikum. 

So. Tengah2 bosan tak tido lagi better aku buat entry kan? Bosan weh. 

So what am i going to bebel in this entry?

Hmmm

So. Actually camni, aku ni jenis self-esteem sangat low. Very very very low. Aku tak pernah rasa diri aku cantik. Serious weh. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki! ( aceceh. Macam lagu raya)

Serious talk!




Even i got a lot like

'Nana ni cantik lah'
'Dalam geng kau, kau yg paling cantik'
'Memang orang bajau ni cantik2?'
'Memang orang sabah cantik eh?'
'Kau pakai apa je cantik weh'

Bukan lah nak bangga diri, tapi semua tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Aku tak percaya lah semua tu.

Kalau nak perasan cantik kejap dalam cermin tu ye lah. Ada la kadang2. Boleh lah sikit sikit. Tapi kejap je. Kekadang teros kutuk diri sendiri tau. 

'Parut jerawat banyak'
'Kening serabut'
'Muka tak flawless'
'Hidung tak mancung'
'Muka bulat macam pou'
'Bibir tak merah'
'Muka pucat'
'Tak putih'

Hahhahahahaha astagfirullah serious nana kena taubat kan haha

Ni la yang boleh buat korang faham camana tahap self esteem aku ni camana. 

Then, kalau bentuk body plak. Mak aih. Takyah cakap lah. Aku ni since i was 13, aku dah telan berbagai2 kata dah yang boleh buat aku jadi camni hari ni.

Betol lah org kata, buli ni boleh buat orang have thought of suicide! But it's fine. Still waras lagi la kot!

K camni, aku sekarang berat aku 50kg. Tinggi 159. Which boleh lah kurus. Boleh la boleh la. Not so kurus but yeah kurus lah. Di akui lah. Tahap kurus tu kekadang aku tfikir gak , ada ke laki nak kawen dengan aku ni ? Hahahaha

Even aku pernah gak dapat pujian 

'Lawanya body kau'

But i got a lot of 'weh kurus nya!'

Tapi aku belom dapat lagi lah 'papan' semua tu. Taktau lah kalau ada yang talk shit behind. Tapi takde lagi lah yang cakap depan2 which is i am so grateful.

Tapi ada je yang kata aku gemok dan berisi. Ntah lah aku pon tak faham.

Sampai pernah dulu ada anonymous ni send question kat ask fm aku tau. Ayat dia lebih kurang camni la

'Kuruskan badan tu sikit. Kang boyfriend mau tinggalkan kau'

Like dah kenapa hahahha

Okay meh aku gtau. Camni, aku ni jenis kuat makan tau. Haaa. Jenis kuat makan tapi susah nak naik berat. Susah sgt. Paling2 pon maybe 1-2 kg. Tu je la kot. Tapi masa kat upsi dulu aku 44kg kot! Hahahahahaha kekurangan makan betol masa kat upsi dulu. 

Dari apa yang aku study, metabolism aku tinggi so makan camne pon, tetap maintain. Which is i should be grateful i guess. 

I always want to be grateful but people are so mean!!

I got a lot,

'Makan lebih sikit'
'Nana kenapa kurus sangat?'
'Kalau nana berisi sikit.....'

Weh, serious ah. Boleh diam tak? Semak ah!

Haha serious weh. Boleh naik gila tau dengar. Benda ni memang sentuh insecurity aku. Kekadang aku geram gak org cakap tu sebenarnya nak apa. Jealous ke apa. Macam jijik sangat lah aku ni ada body camni. Let me live my life. Kau mnyebok pehal wehhh

Kekadang gigih je tak nak pakai baju kecik kecik sebab takot kena kutuk lagi. Tak nak pakai kaler hitam sebab orang kata hitam boleh nampak kurus.

Some boys pernah gak bising2 pasal aku kurus ni. Aku nak gemok ke kurus ke suka hati aku lah. Kalau nak sangat penuhi tahap imaginasi awak tu, better search je youtube ramai je pompuan2 lawa kat situ . Takyah nak libatkan aku. Alamak stress ah aduhmak

A boy once told me,

'Aku minat yg berisi sikit, tak minat yg kurus-kurus ni'

Then what? Ingat aku teringin sangat ke dengan kau? 

Aku pernah je dapat boyfriend yg komen pasal body aku.

Geram je tau. Weh, kalau nak cari perempuan hot, pergi cari. Saya belum qualify lagi and doesn't meet the criteria. Tiada eligiblity untuk itu setakat ini. Bye. 



 Haha tu lah, susah nak dapat orang terima kita the way we are. Kan? Aku doa banyak2 lah Allah bagi aku jodoh yang appreciate aku the way i am. Aamiin.

Aku selalu down tau kena camni. Please ah orang kurus ada perasaan gak. Jijik sangat eh jadi kurus ni ? :(((

Selalu dengar, pompuan jangan kata dia gemok blalala 

Weh pompuan kurus pon sama je. Takyah lah kutuk bagai tu . Ada hati ada perasaan gak. Okay lah ni je la kot .  

Maaf terkasar bahasa. Dah lama pendam. Again, please people. Let me live my life happily. Bye
THE END

MORE TO READ!

No comments:

Post a Comment

dah baca , comment lah sikit ;)