Sunday 27 August 2017

My skincare routine! (UPDATE)

Assalamualaikum.

Hi there :)

So yeah. Entry sebelum ni aku dah gtau dah macam mana pengalaman aku berjerawat kan? ( PENGALAMAN AKU BERJERAWAT )

So now, aku nak list kan lah skincare latest aku. Aku dah tukar sepenuhnya la kot since muka aku takde lah teruk sangat macam dulu. Dah boleh masuk normal condition la kot even ada je jerawat muncul kalau tak reti jaga muka. 

Jenis aku, aku tak boleh tau kalau tido pakai make up. Like seriously. Kalau tido dengan make up mesti akan naik jerawat. That's why aku kena bersihkan muka sebersih-bersihnya before tido. 

MORNING SKINCARE ROUTINE

Morning skincare routine ni aku assume as macam hari-hari aku pergi kuliah or outing la ye. There're a lil bit difference between morning and night skincare. 

STEP 1 :

Okay firstly, for cleanser. I use Garnier Pure Active. Which is so suitable for acne-prone skin like me. Acne-prone ni jenis muka yang senang nak naik jerawat. Senang gila. Sentuh sikit dah naik. Tak jaga satu malam dah ajak geng. Aduhmak susah kan. So aku pakai cleanser ni lah. A lil bit mengeringkan muka lah sikit-sikit. Tapi disebabkan aku jenis muka oily so i like! Haha




STEP 2 : 

So then after that aku akan sapu Rose Gold Water from Bio Essence. Baru je pakai. 


Tak dapat bagi feedback lebih-lebih. But so far okay je. Banyak good feedback gak pasal Rose Gold Water ni , that's why aku beli haha. aku ni jenis suka baca orang buat review pasal skincare tau. Then kalau aku suka then aku beli lah! Hahaha Okay je. Muka rasa soft je then i love the scent! Rose lah katakan......

tapi seriously, aku pakai Rose Gold Water ni, muka aku getting better. acne scar pon cepat je pudar. best betol!

STEP 3: 

Okay pastu aku pakai cream anti-white Garnier. 


Aku pakai ni sebagai primer lah. (Primer ni macam base before start make up) aku tak pakai moisturizer kalau siang sebab muka aku jenis oily. So pakai ni je sebagai pengganti moisturizer. Very good. Ada orang puji aku makin putih. So tu kesan positif la kot? Haha

STEP 4:

Then baru lah aku pakai BB Cream from Tony Moly. 


BB Cream ni aku tak pasti masih available ke tak kat Tony Moly store sebab hari tu aku tanya sale girls kat situ, dia kata Tony Moly dah stop keluarkan BB Cream ni. Tak tahu lah nak buat camne lagi . best kot BB Cream ni, dia boleh cover lah jugak parut2 yang aku taknak bagi korang tengok tu hahaha
** tapi kadang2 aku tak pakai bb cream kalau malas haha**

Okay after that?

STEP 5 :

CONCEALER FROM MAYBELLINE.



Ntah lah nak bagi feedback apa dengan concealer ni. Not so okay but not so bad also lah kot. It is just fine. Boleh lah tutup cela-cela tona tak sekata. Boleh la boleh lah.

STEP 6 :

Okay pastu aku pakai bedak compact from Clinelle. Sangat okay. 



Ntah aku rasa dia macam bagi kesan gak dengan jerwat-jerawat aku sebab jerawat aku makin okay since aku tukar compact powder pegi Clinelle ni. 

Then pakai liptint and lipbalm ok DONE. tu je. Tak pakai make up tebal2 pon. 

NIGHT SKINCARE ROUTINE

Okay untuk night skincare routine plak, ada beza sikit dengan morning/siang.

Start,
STEP 1 ( cleanser sama macam kat atas tu haa)

STEP 2: TONER

aku pakai toner pure active garnier ni before tido je sebab aku taknak muka aku oily kalau pakai siang hahaha ni teori sendiri je. Kalau tak percaya jangan follow. The toner is good so far, tapi kadang2 muka jadi merah macam burn bila pakai but just for while. Tapi aku continue je pakai then takde pape jadi pon hehe


STEP 3: MOISTURIZER

Untuk moisturizer (pelembab), aku pakai Pudding Cream by PINK Pure Beauty.  

Walaupun Pudding Cream ni bukan moisturizer cream, but it does moisturize my skin lepas kering pakai cleanser tadi . So why not? Haha rasa soft je muka pakai tau. 

STEP 4: UBAT JERAWAT

for ubat jerawat, i dont use the Aiken Tea Tree anymore bcs i realize that it did cure my acnes but the acne always come back and it leaves scars on my face. Sakit weh nak tunggu scars hilang. Haha so aku pegi farmasi hari tu, aku cari yang famous dan ramai orang pakai tu . Tapi asyik takde stock je. Then kena recommend Tidact Gel 1% & Benzac AC 5%.




I love both. Suits on me very well

but actually, aku ada 3 ubat jerawat. aku tak pakai semua, aku pakai ikut mood. hehe Tidact Gel 1% & Benzac AC 5% aku pakai waktu malam before tido (salah satu je). both of them are good to me. boleh lah slow down kan pembentukan jerawat dan geng2nya dimuka ku ini . aku selalu nak cari Dalacin-T tau. tapi selalu pergi farmasi, selalu takde stock. sedih i.


then, satu lagi i use Sebamed Clear Face Coloured kalau waktu siang. kalau aku tak pakai any cream, aku akan pakai ubat jerawat ni untuk cover jerawat aku sebab cream dia ikot warna kulit.



Then tu je! Now you can sleep!!!!

Hahaha aku buat entry ni doesnt mean i have a flawless skin. I do still have scars and acnes as well. Aku buat entry ni sebab just nak gtau yang aku tak pakai dah skincare yg aku gtau kat entry sebelom ni sebab muka dah getting better and nak try something new . (?) Haha so apa aku pakai dan sesuai dengan aku maybe tak sesuai kot kat korang tapi why not have a try, right? Hehe chill. Have a nice day! Bye xoxo

THE END




READ THIS ( CLICK THIS):

-AKU KURUS? SALAH KE?
Pengalaman berjerawat setelah pakai local product!!!

MORE TO READ :
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama 

3 comments:

  1. Dah makin flawless muka nana... alhamdulillah bestnya :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. It took a lot of efforts :')

    ReplyDelete
  3. Salam.. Nak tanya.. Ubat jerawat tu awk apply selepas pakai apa? Contoh lepas moisturiser ke? Atau lepas cleanser muka terus pakai krim jerawat tu?

    ReplyDelete

dah baca , comment lah sikit ;)