Thursday, 6 August 2015

6 Things I HATE about ASRAMA :x

Assalamualaikum pepolsss

hiks dah lama dah aku tak buat entry . almaklum lah agak lifeless sampai aku pun tak tahu nak cerita apa kat blog aku ni so aku biarkan ja lah dia bersarang berhabuk terbiar hewhew


hari ni 21 syawal so masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri to all of you kan :D


 so di kesempatan ini aku nak mintak maaf kepada semua yang mengenali aku hehe mohon diampunkan segala kesalahan , ya lah kalau2 aku pernah buat korang rasa benci kat dengan aku secara sengaja mahupun tidak , rasa selfie2 atau post2 aku kat twitter atau wechat tu annoying sangat ka atau post2 aku yang sepatutnya aku bukan buat khas untuk kau tapi kau terasa post tu untuk kau . haha sorry lah for that . i really really didnt mean to do that .

semoga lepas ni kita boleh hidup tanpa rasa benci membenci antara 1 sama lain. kosong kosong ya :D


so entry kali ni aku nak share benda-benda yang aku tak suka bila aku duk kat hostel sejak aku jadi budak asrama pada 2010 ( Tingkatan 1) hehe


( pengalaman2 ini mungkin x sama macam budak hostel lain sebab asrama,peraturan , persekitaran berbeza . chill -- )

1)  First day SAHUR 

ya Allah haha ya lah , kan first day puasa mestilah kita semua rasa excited kan nak sahur kalau boleh jam 3am  dah duk depan makanan . niat puasa pun mesti x lupa haha 


kenapa aku tak suka sahur hari first kat hostel ?

sebab kena beratur jauhhhhhhhhhh ya Allah panjang barisan macam kereta api , lagi2 kalau kau turun lambat , sempat kau rasa kenyang masa beratur tu hahaha

then sometimes i'll end up go back to my dorm dan sahur makan biskut atau maggie ja sebab malas nak beratur lama-lama haha

sebab tu makan maggie masa sahur adalah perkara normal bagi budak asrama .

tapi yang best sahur and iftar hari 1st puasa ni , makanan sedap2 :D

2) Charge Handphone

hm kalau yang ni tak payah nak fikir lama-lama apa benda yang buat aku malas nak charge phone kat asrama . 

belum cakap pasal benda yang jadi masa kau mncharge , sebelum kau mencharge pun dah ada problem -.-

contoh benda yang kau kena hadapi sebelum kau selamat m'charge, kau kena sabar tunggu bebeberapa jam untuk sampai turn kau  mencharge @.@ sebab plug tu ada ramai pengguna . so kena ikut turn lah . siapa cepat,dia dapat.

 dan bila sampai turn kau charge phone selepas beberapa jam , then kau tunggu sampai phone kau full konon nya 100% lepastuh bila kau expect phone kau dah full bttery padhal kau lupa nak switch on suis

 HAHAHAHA YANG NI BUAT KAU RASA NAK MAKI SATU DUNIA JA @$%^&*(

lain cerita lagi keselamatan phone kau masa kau mncharge samada masa kau mencharge tu warden asrama lalu dekat kau then nampak kau charge hp , atau kau lupa nak kasi silent phone kau then tetiba ada msg atau call bbunyi dannn warden dengarrrr ....

 tamatlah riwayat phone kau huahuahua .

 lain cerita lagi dengan wujudnya pencuri2 hp bersiri di asrama -.-

sebab tu lagi selamat kalau kau bawa phone 3310 jew kat asrama sebab battery boleh tahan sampai 2-3 hari haha

belum sentuh lagi cerita pasal manusia yang suka cabut charge kau walaupun belum full huahuahuahua kalau dia sekadar nak tumpang charge sebab ada emergency , kita boleh terima . tapi kalau dia charge buat selama-lamanyaaaaaa , lagi2 kalau dia junior dan boleh2 buat nothing happened bila jumpa depan2 , dan kau pulak xda kkuatan hati nak marah >.>

3) jemur pakaian di asrama

hmm benda yang aku paling tak suka lah , bila kau jemur pakaian kau di asrma , dan masa tu kau di sekolah , tak boleh pulang ambik pakaian sebab asrama di kunci dan ,,,,, HUJAN . faham tak pedih tu macam mana ? T.T

4) rasa sakit perut nak buang air besar sebelum pergi sekolah pada saat- saat akhir pagar asrama akan dikunci

if only you know how it feels ......

5) ketiadaan air di asrama 

benda ni sangat2 buat pelajar asrama menjadi lebih tabah menghadapi cabaran hidup T.T

 we all know water is the most important thing in our life . 

okay , imagine . asrama terputus bekalan air .....

pagi2 dah kena bangun awal seawal jam 3-4 pagi untuk ambik air di tangki nun jauh di sana ...... so kita kena ada baldi kan .... so,

 bila kita bangun tidur and kawan kau gtau kau yg air xda dan kena pegi sambut air dan bila kau check baldi kau dah hilang di ambik oranggg dan kau punnnn pegi curik baldi orang lain jugakk HAHAHAHA dan begitu lah seterusnya hahaha

belum cerita lagi pedihnya rasa bila kau dah penat2 tadah air, angkat baldi yang penuh dengan air dari tangki yang nun jauh di sana , then bila kau pegi hilang kejap nak buat something pastuh bila kau datang balik air kau dah di ambik oranggg 

( ALLAH BENAR2 MENGUJIMU NAKK T.T )

6) bila kau terbangun tengah malam sebab rasa nak kencing/buang air :')

dan .... kawan kau pulak tak nak bangun teman kan kauuuuu :O dan masa tu lah kau akan ingat semua episode cerita hantu asrama ...... T.T

tapi sebenarnya, kalau difikir-fikir , semua ni akan jadi benda yang sangat kau rindu bila kau x jadi budak asrama lagi . sebab di asrama lah , kau akan di ajar jadi matang dan berdikari C:

dan tidak semua orang berpeluang masuk dan tinggal asrama tau . orang yang tinggal asrama kira beruntung sebab mesti ada kenangan yang tidak boleh kau lupa dan kau boleh cerita dengan cucu cicit kau nanti. 

thats all from me . Selamat hari raya again . bye2 ! 



ASK ME ANYTHING YOU WANT ,
 HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nurnanaa97
INSTAGRAM : nurnana97
ASK FM : nurnanaa

No comments:

Post a Comment

dah baca , comment lah sikit ;)